Sebuah syarikat pemula tempatan yang membolehkan firma penjagaan kesihatan mengeluarkan memo kalis gangguan untuk perjalanan semasa pandemik Covid-19, kini mahu menangani pula kes memalsukan tiket konsert dan sijil akademik.
Pada penghujung Mac, firma tersebut, Accredify, telah mendapat sokongan berupa pembiayaan daripada firma teroka pakar identiti digital Amerika Syarikat, Okta.





