Tradisi makan ketupat dan lemang sebagai santapan ‘wajib’ di pagi Raya masih kekal sehingga kini, namun sesuai arus kemodenan, ramai memilih versi moden untuk menyiapkan hidangan itu.
Ketupat moden atau ekspres misalnya kini didatangkan dalam bentuk peket bungkusan plastik, begitu juga lemang yang boleh didapati dalam versi sama, namun direbus dan bukannya dibakar seperti kebiasaan.





