JEMPOL (Negeri Sembilan): Polis melepaskan 10 das tembakan bagi memberhentikan sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun dipercayai di bawah pengaruh dadah dalam kejadian pada 9 April.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata kejadian bermula selepas lori yang dipandu suspek tiba-tiba membuat pusingan U di garisan berkembar, berikutan ada sekatan jalan raya di Kilometer 9 Jalan...





