Sikap dermawan dan prihatin masyarakat Islam Singapura sepanjang Ramadan kepada mereka yang memerlukan adalah semangat kewarganegaraan yang harus dicontohi, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Namun, beliau berkata semangat keihsanan ini tidak seharusnya berakhir setelah sebulan berpuasa, malah harus terus dipupuk menjangkaui bulan Ramadan.





