Segmen Tamu Warna Vista pada 8 April yang dikendalikan deejay Warna 942, Aura Shai, turut mengetengahkan wawancara bersama Pengarah Eksekutif Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Didicazli, tentang lagu Rindu Kasih yang dijadikan runut bunyi filem pendek Berita Harian, Pesan Mama.
Kata Didicazli: “Apabila saya diberikan skrip video (filem pendek), (jalan ceritanya) terasa menyayat hati. Ia adalah filem pendek yang...





