Filem pendek akhbar Berita Harian (BH), Pesan Mama, yang dihasilkan sebagai antara kandungan yang disajikan akhbar ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, mendapat sambutan hangat kurang seminggu ia dilancarkan pada 3 April.
Filem itu, yang menyerlahkan semangat daya tahan dan nilai-nilai kekeluargaan, telah mencecah 100,000 tontonan di wadah digital BH, termasuk laman BH.sg, akaun Facebook, Instagram, TikTok, serta saluran YouTube...





