Lebih 3,000 set beriani ayam diagihkan percuma kepada keluarga susah dan warga emas oleh Restoran Islamic pada 7 April, meneruskan tradisi berusia lebih sekurun lamanya untuk membantu orang kurang kemampuan.
Selain menghadiahkan nasi beriani, restoran itu juga mengagihkan wang zakat kepada keluarga yang memerlukan, kata pengendali restoran generasi ketiga, Encik Kaliloor Rahman Abdul Wahab, 62 tahun.





