Hasrat penyanyi Sufian Suhaimi untuk mendirikan rumah tangga terkubur lagi apabila mengesahkan hubungan cinta dengan gadis bernama Rania Al Sadat sudah terlerai, pada Mac.
Enggan menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang terjadi, sebaliknya Sufian, 32 tahun, memaklumkan keputusan berpisah dibuat secara bersama dan beliau menerima takdir dengan reda.





