LONDON: Leicester City melaporkan kerugian berjumlah 89.7 juta paun ($152.45 juta) bagi musim 2022/2023 – menjadikan keseluruhan kerugian yang dialami kelab itu sepanjang tiga kempen dalam Liga Perdana England (EPL) kepada lebih 215 juta paun.
Pasukan bergelar Foxes itu didakwa pada Mac kerana melanggar peraturan keuntungan dan kemampanan (PSR) berkaitan angka-angka yang dikeluarkan mereka pada ketika ini.





