ISKANDAR PUTERI (Johor): Kerajaan Malaysia bersetuju melanjutkan projek peluasan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) yang sebelum ini berakhir di Simpang Renggam, diteruskan sehingga ke Ayer Hitam.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pertambahan 17 kilometer lagi projek peluasan Lebuhraya Plus itu dibuat berikutan peruntukan RM931 juta ($265.8 juta) yang diberikan kerajaan mencukupi sehingga ke lokasi baru berkenaan.





