Program pembangunan keluarga yang dijalankan Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) bukan memberi bantuan sosial sahaja, malah bertujuan memperkasa keluarga, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.
Ini selaras dengan cara pemerintah melangkaui bantuan sosial untuk memperkasa keluarga agar mereka boleh memperbaiki keadaan mereka dan mencapai kemandirian, kestabilan dan mobiliti sosial, tambah beliau.





