Hanya beberapa hari saja untuk menyambut ketibaan Aidilfitri, umat Islam di Malaysia semakin rancak membuat persiapan pada saat akhir sebelum pulang ke kampung halaman bagi meraikan Syawal bersama keluarga.
Pusat beli-belah, pasar raya besar dan bazar meriah dengan dendangan pelbagai lagu Syawal untuk menaikkan mood orang ramai membeli belah.





