Lebih 950,000 isi rumah warga Singapura di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) pada April, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada 28 Mac.
Rebat itu – pengagihan suku tahunan pertama dalam tahun kewangan 2024 – adalah sebahagian skim Baucar GST (GSTV) tetap dan Pakej Jaminan, yang menerima rangsangan $1.9 bilion dalam Belanjawan 2024...





