Badan relawan Project Goodwill Aid (PGA) sedang menjalankan satu usaha untuk mengumpul sebanyak 5,000 botol kuih raya atau kerepek dan snek, demi menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi golongan yang memerlukan.
Sehingga 12 tengah hari, 5 April 2024, orang ramai yang berniat berbuat demikian boleh menderma kuih atau snek tersebut kepada relawan PGA di beberapa lokasi tertentu serata Singapura.





