Demi menawarkan lebih banyak sokongan kepada kanak-kanak dan remaja yang menghidap barah, Persatuan Ain telah melancarkan dua skim baru pada 26 Mac bagi membolehkan orang ramai mengambil ‘anak angkat’ dengan menaja keperluan kewangan mereka.
Dipanggil Rimbunan Pelangi, ia merupakan skim pertama yang melibatkan penajaan kewangan sebanyak $400 sebulan sepanjang tempoh 12 bulan bagi menyokong keluarga yang menghadapi cabaran membesarkan anak...





