GAZA: Ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera di Gaza dan kemungkinan semakin meningkatnya masalah kebuluran, para penduduk Palestin mencari tumbuhan hijau liar yang dipanggil Khobiza untuk mengalas perut yang berkeroncong.
Ia adalah satu lagi peringatan tentang penderitaan yang melanda kawasan Palestin sejak perang meletus ekoran serangan Hamas di selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200...





