Kalau aku diberikan pilihan menjadi haiwan budiman aku pilih menjadi rama-rama, dari sayapnya, serbuk-serbuk emas mampu menjadi baja di atas tanah perasaan perasaan kemanusiaan pekat yang tak sesekali diizinkan terbebat dikebumikan bersama maruah yang tersiat.
Tunaikanlah pilihanku rama-rama yang arif menyeri taman insani menemukan makna kasih sayang sejati semakin aku terbang ghairah semakin sayapku kukuh islah menaburkan jutaan sebuk emas...





