KUALA LUMPUR: Rasuah mesti ditangani tanpa rasa takut atau pilih kasih atau ia akan memusnahkan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga perlu memerangi rasuah secara tegas dan berani.





