KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pusat Keadilan meminta semua pihak bersikap rasional dan tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang, berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Ketua Penerangan Keadilan, Encik Fahmi Fadzil, berkata isu yang menjadi satu daripada agenda dibincangkan pada mesyuarat majlis tersebut yang diadakan pada 24 Mac, melihat jalan terbaik bagi penyelesaian isu ini ialah memberi ruang kepada pihak...





