Sejak 2005, Encik Abdul Salam Mohamed Nasar sudah menganggap Masjid Jamae Chulia seperti rumah keduanya, bahkan sebahagian hidupnya. Selain menjadi jemaah setia di masjid tersebut, Encik Abdul Salam, 60 tahun, turut membantu sebagai relawan masjid.
Bagi dirinya, masjid ini mempunyai seni warisan tersendiri selain memberikan persekitaran yang tenang dan damai. Malah semua anggota dan sukarelawan masjid serta jemaah di sini...





