Dalam memperingati Allahyarham Suratman Markasan, pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) yang juga Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, menggalak agar pemikiran dan kebijaksanaan sasterawan perintis itu terus direnung, dan karya pentingnya terus dikaji.
Dengan melakukan demikian, karya sastera tempatan dapat diperkayakan lagi, kata Encik Fahmi dalam ucapan alu-aluannya di acara ‘Suratman Markasan: Surat Nan...





