Seramai 13 tetamu terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam bidang perkhidmatan sosial, perubatan, keagamaan dan pekerja, serta golongan belia telah dijemput ke Dialog Belanjawan 2024 Berita Harian yang diadakan pada 17 Mac dan dirakam di SPH Studio+65.
Dalam dialog tersebut, para tetamu saling bertukar pandangan dengan anggota panel yang terdiri daripada Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab...





