Menjadi kelaziman pada setiap Ramadan, hampir semua masjid dan surau di Malaysia dipenuhi jemaah lelaki dan wanita yang tidak mahu melepaskan peluang merebut pahala dan kemanisan beribadat termasuk menunaikan solat tarawih.
Tidak kurang juga ibu bapa yang membawa anak kecil pelbagai peringkat usia ke masjid dan surau dengan matlamat memberi pendedahan dan mendidik mereka supaya ‘mesra’ dengan masjid.





