NEW YORK: Kerajaan Arab Saudi merancang mewujudkan dana kira-kira AS$40 bilion ($53.7 bilion) untuk melabur dalam kecerdasan buatan (AI), lapor New York Times pada 19 Mac, memetik tiga orang yang diberi taklimat mengenai rancangan itu.
Wakil Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi telah membincangkan potensi perkongsian dengan firma permodalan Amerika Syarikat, Andreessen Horowitz dan pembiaya lain, dalam beberapa minggu kebelakangan...





