Penguasa Kewangan Singapura (MAS) memberi kelulusan secara prinsip kepada firma pertukaran kripto OKX untuk memperoleh lesen perkhidmatan pembayaran, pada 13 Mac.
Kelulusan untuk OKX memperoleh lesen institusi pembayaran utama (MPI) itu menjadikan OKX antara beberapa syarikat teknologi kewangan (fintech) yang diberi lesen sama, termasuk Independent Reserve dan Coinhako, dan menyusuli lesen MPI yang diperoleh syarikat Upbit.





