Pelakon Malaysia, Ruhainies, atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, menegaskan bahawa beliau dan penyanyi yang juga pelakon asal Singapura, Aliff Aziz, hanya kawan.
Ini didedahkannya kepada Harian Metro selepas mereka berdua ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah yang dikatakan milik Ruhainies pada 8 Mac.





