Masyarakat Melayu/Islam di Singapura telah mencapai kemajuan yang ketara sejak beberapa dekad, khususnya dalam pendidikan dan pekerjaan.
Menekankan demikian dalam hantaran Facebook pada 11 Mac, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pelbagai daya usaha pemerintah dan M³ telah dilancarkan yang akan meletakkan masyarakat Melayu/Islam di sini pada kedudukan yang baik untuk mengharungi cabaran masa...





