PUTRAJAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera meluluskan cadangan pindaan Perlembagaan parti itu yang dibuat baru-baru ini.
Mantan Perdana Menteri itu berkata cadangan pindaan Perlembagaan yang dibuat itu adalah teratur dari segi teknikal dan ia adalah kehendak parti yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung Khas...





