Kira-kira 38 tahun lalu, apabila Cik Siti Mastura Alwi pertama kali menerima hadiah berupa mesin pengadun jenama Kenwood daripada suaminya, beliau menangis kerana ‘ketakutan’ – takut kerana ketika itu seni membuat kuih-muih dan kek masih begitu asing baginya.
Beliau akui rasa tertekan apabila diberikan hadiah sedemikian rupa kerana berasa beliau tidak mampu mengendalikannya dengan baik, bahkan berasa akan mengecewakan harapan...





