Umat Islam di Singapura sudah mula menunaikan solat tarawih berjemaah pada malam 11 Mac bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan.
Di Masjid Alkaff Kampung Melayu di Bedok Reservoir, solat tarawih dipimpin Eksekutif Dakwah, Ustaz Abdul Rahman Salam, bagi 10 rakaat pertama, manakala 10 rakaat tarawih terakhir termasuk solat witir dipimpin pendakwah bebas Ustaz Muhd Ilyas Mohd Asraff.





