Sebuah bazar Ramadan di Marsiling, yang terletak di tanah lapang bersebelahan stesen MRT Woodlands, telah dibuka secara rasmi pada 10 Mac dan menawarkan kira-kira 68 gerai makanan dan minuman (F&B) dan 60 gerai runcit untuk penduduk yang tinggal di kawasan utara Singapura.
Dinamakan BazaRia Marsiling 2024, bazar yang dibuka sehingga 8 April itu menawarkan pelbagai pilihan dan kemudahan bagi penduduk...





