Kempen Amal Ramadan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) 2024 dilancarkan pada 8 Mac dengan sasaran mengumpul sejumlah $1.32 juta untuk membantu lebih 3,100 individu memerlukan.
Kempen itu, yang diadakan buat kali ke-32, dilancarkan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, dalam satu majlis di Grand Dahlia, Kompleks Joo Chiat.





