WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyelar mantan presiden, Encik Donald Trump kerana, menurutnya, tunduk kepada Russia, gagal mengambil berat tentang Covid-19 dan mengabui kejadian serangan bangunan pentadbiran Capitol 2021.
Beliau membidas Encik Trump semasa menyampaikan Ucapan Negara (State of the Union Address) yang terakhirnya sebelum pilihan raya yang akan ditandinginya pada November 2024, di sidang bersama Dewan Perwakilan...





