PUTRAJAYA: Genap sedekad selepas tragedi misteri kehilangan pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac 2014 malam, dunia terutama sekali ahli keluarga 227 penumpang dari 14 negara dan 12 anak kapal warga Malaysia, masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.
Sehingga 8 Mac 2024, belum ada jawapan yang mampu menyembuh luka keluarga dan mengeringkan air mata waris mangsa.





