JEDDAH: Pemandu pasukan Mercedes, Lewis Hamilton, berkata Formula Satu (F1) sedang berdepan satu “detik penting” dan perlu menunjukkan nilai baik, di tengah-tengah kontroversi melibatkan personaliti terkemuka dalam kalangan pemimpin pasukan F1 dan badan pentadbirnya.
Ketua pasukan F1 Red Bull, Christian Horner, menjadi perhatian ramai selepas satu siasatan panjang berikutan dakwaan “tingkah laku tidak wajar” terhadapnya yang dibuat oleh seorang pekerja...





