KAHERAH: Arab Saudi telah menetapkan halaman sekitar Kaabah di Masjidil Haram, untuk para jemaah yang mengerjakan Umrah sahaja.
Pihak Berkuasa Am Penjagaan Dua Masjid Suci, yang bertanggungjawab ke atas Masjidil Haram di Makkah, berkata langkah itu adalah bagi memastikan keselamatan para jemaah dan membolehkan mereka melakukan ibadah dengan mudah dan selesa.





