MANJUNG (Perak): Pergaduhan kerana berebut harta dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga emas sanggup membunuh sepasang suami isteri menggunakan sabit sawit dalam kejadian di kebun sawit di Kampung Cina, Pantai Remis, Manjung, Perak.
Ketua Polis Daerah Manjung, Penolong Pesuruhjaya Mohamed Nordin Abdullah, berkata suspek berusia 61 tahun yang membunuh pasangan suami isteri itu adalah saudara kepada mangsa lelaki.





