Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memperuntukkan pembiayaan tambahan sebanyak sekitar $1 bilion sepanjang 10 tahun akan datang untuk mengembangkan inisiatif jalan raya ‘lebih mesra’ dan membina lebih banyak prasarana untuk pengguna.
Mengumumkan demikian di Parlimen pada 5 Mac, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan), Dr Amy Khor, berkata inisiatif jalan raya ‘lebih mesra’ yang dipanggil Laluan Mesra itu akan dikembangkan ke semua bandar...





