LONDON: Ketua badan pentadbir perlumbaan Formula Satu (F1), Mohammed Ben Sulayem, disiasat kerana dituduh campur tangan dalam keputusan Grand Prix Arab Saudi pada 2023, lapor media BBC pada 4 Mac.
Jurucakap Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) yang berpangkalan di Paris, ketika diminta mengulas laporan itu, tidak memberi butiran lanjut, sebaliknya hanya berkata “perkara itu sedang dibincangkan secara dalaman”.





