JOHOR BAHRU: Masalah gangguan sistem M-Bike di kededua laluan zon masuk dan keluar bagi pemeriksaan motosikal menyebabkan kesesakan luar biasa di Zon Motosikal Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata kejadian gangguan sistem berkenaan berlaku disebabkan kerja penyusunan sistem yang sedang dilaksanakan syarikat pengendali...





