KUALA LUMPUR: Seorang bapa menuntut ganti rugi RM3 juta ($0.85 juta) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) selepas anak perempuan bongsunya meninggal dunia akibat renjatan elektrik di bilik asrama di Kedah, dua tahun lalu.
Tuntutan itu dibuat lelaki berusia 55 tahun berkenaan selaku plaintif yang menamakan universiti itu sebagai defendan susulan kematian pelajar wanita itu, 21 tahun, menerusi satu writ saman...





