Bahan pelajaran Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) mengenai konflik Israel-Hamas akan disesuaikan lagi berdasarkan kumpulan umur pelajar, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.
Beliau menambah bahawa guru juga akan menerima sokongan tambahan dan kaedah pengajaran akan diperbaiki agar pendidik lebih bersedia untuk melibatkan pelajar mereka dalam pelajaran CCE itu.





