Seorang penggiat hobi fotografi, Encik Adam Maniam, tidak mempunyai jangkaan besar apabila beliau mengambil gambar pesawat di bawah terik matahari semasa Pertunjukan Udara Singapura 2024.
Beliau setakat memenuhi minat sendiri dan mahu mengasah kemahirannya mengambil gambar pesawat yang terbang tinggi membelah langit dengan menggunakan kamera Olympus serta lensa teropongnya.





