JOHOR BAHRU: Warga Johor bakal meneroka lebih banyak peluang pekerjaan dan ekonomi selepas Kerajaan Persekutuan meluluskan sebanyak 510 projek dengan kos sebanyak RM4.7 bilion ($1.33 bilion) di Johor sepanjang 2024.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kelulusan projek itu hasil kerjasama erat Kerajaan Johor dan Persekutuan yang mahukan peningkatan ekonomi negara, selain memperkasa potensi negeri yang berjiran dengan...





