KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw, enggan ambil pusing dengan tanggapan segelintir pihak yang mempertikai piala Hall Of Fame yang dimenanginya pada acara, Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23).
Menurut Melly atau nama sebenarnya, Melliana Cessy Goeslaw, 50 tahun, beliau menghargai setiap komen daripada khalayak ramai meskipun ia berkonotasi negatif.





