Adalah penting bagi Singapura terus menyumbang secara bermakna terhadap usaha tindakan iklim sejagat dan meneruskan sokongan dalam menangani ancaman perubahan iklim.
Berucap di Parlimen semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Pejabat Perdana Menteri (PMO), Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, berkata Singapura akan terus memantau risiko iklim dan mengemas kini pelan penyesuaiannya secara berkala...





