Sejak 2011, Perdaus telah menabur bakti kepada lebih 10,000 keluarga dan individu yang memerlukan demi menceriakan Ramadan dan Syawal mereka melalui kempen projek ‘Food Aid Ramadhan’.
Projek ini dijalankan oleh pelajar di Madrasah Perdaus, iaitu satu pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dalam kurikulum pendidikan agama mingguan di Perdaus. Pendekatan ini mampu meningkatkan kecekapan pelajar dalam program penglibatan masyarakat, serta memberi mereka...





