Sasterawan perintis dan penerima Pingat Budaya 2010, Suratman Markasan, meninggal dunia pada 2 pagi 27 Februari.
Allahyarham Suratman, 93 tahun, merupakan sasterawan yang disegani dan juga penerima Anugerah Tun Sri Lanang (1999), Anugerah Sastera Nusantara (1999), Anugerah Abdullah Munsyi (2010), Anugerah Pingat Budaya (2010), Anugerah Tokoh Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (2014) dan banyak lagi.





