Demi mengelak kehilangan nyawa akibat pencerobohan di landasan Sistem Rel Ringan (LRT), SBS Transit akan menempatkan sistem pengesanan pencerobohan di landasan, VAnGuard, di semua 28 stesen LRT Sengkang-Punggol pada suku kedua 2024.
Kakitangan pusat kawalan operasi akan mendapat isyarat daripada sistem tersebut jika terdapat penceroboh yang memasuki landasan LRT atau barang asing yang terjatuh ke landasan.





