KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, pada 25 Februari sekali lagi berusaha meraih sokongan Barat apabila menyatakan kemenangan negaranya itu bergantung kepada sokongan negara Barat termasuk Amerika Syarikat untuk meluluskan pakej bantuan ketenteraan yang genting.
Menerusi pengakuan mengenai kelemahan tenteranya, Encik Zelensky berkata seramai 31,000 askar Ukraine sudah terbunuh dalam peperangan bagi menentang pencerobohan Russia, dan rancangan mereka untuk serangan...





